Monday 17 December 2012

Wudhuk Dalam Islam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian semua yang sudi meluangkan masa sedikit untuk saya berkongsi ilmu apa yang saya ada dan semoga kalian semua dirahmati oleh Allah swt. Pada permulaan blog saya ini, saya akan berkongsi sedikit dengan anda semua tentang “wudhuk” Adapun menurut bahasa wudhuk bermaksud bersih dan indah. Menurut syarak pula membersihkan anggota-anggota wudhuk untuk menghilangkan hadas kecil. Wudhuk adalah satu syarat untuk sahnya solat yang dilakukan oleh seseorang. Perintah wajib wudhuk ini sebagaimana firman Allah swt yg bermaksud : ” Wahai orang2 yg beriman , apabila kamu hendak melakukan solat, maka basuhlah mukamu, dan kedua tanganmu hingga ke siku, sapulah kepalamu, kemudian basuhlah kedua kakimu hingga ke buku lali”.(Surah Al-Maidah :6) Syarat2 sah wudhuk: 1. Islam 2. Mumaiyiz-orang yang dapat membezakan antara baik dan buruk 3. Menggunakan air mutlak -iaitu air yg suci lagi menyucikan 4. Tidak ada sesuatu yang menghalang air dari sampainya wudhuk ke anggota wudhuk tersebut (walaupun sisik ikan, liquid paper dll) Fardhu wudhuk: 1. Niat wudhuk dibaca ketika tepat waktu air itu sampai ke muka 2. Membasuh muka dari mulai tempat tumbuhnya rambut (dahi yg paling atas) dan hujung dagu sampai antara kedua telinga. 3. membasuh dua belah tangan hingga ke siku 4. menyapu sebahagian rambut di kepala 5. membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali 6. tertib- mendahulukan yg dahulu dan mengemudiankan yg kemudian (ikut urutan) Tetapi bagi saya, mungkin ramai atau sebahagian daripada kita ini tidak tahu sebenarnya sebaik-sebaik pencuci muka, "Wudhuk" adalah pencuci muka yang paling mujarab. Sebab, jika setiap kali masuk waktu dalam solat. kita wajib untuk mengambil wudhuk dan cuba kita fikirkan, jika dalam sehari tu waktu solat yang wajib kita ambil iaitu 5 waktu sehari, dalam 5 waktu tu jugak kita akan berwudhuk, Insya'ALLAH.. semua kekotoran di wajah kita akan beransur hilang sedikit demi sedikit. Cuma kita perlu yakin bahawa, ALLAH sahaja tempat kita bergantung, jadi yakinlah bahawa.. ALLAH yang menyembuhkan segala penyakit. Janganlah kita bergantung kepada benda yang lain selain ALLAH. Wallahualam... Itu sahaja yang mampu saya kongsikan pada kalian semua, Insya'ALLAH.. panjang umur saya akan terus menulis dan menulis apa yang saya tahu. Sampai berjumpa lagi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..